Assalamualaikum...
Sukacita dimaklumkan bahawa blog ini dibuat khas untuk our lovely daughter
"Damia Hanani". InsyaAllah, setiap perkembangan Damia akan dicoretkan
dan diabadikan di sini. Perasaan sangat teruja menjadi seorang ibu..
Setiap saat, minit, jam dirasakan sangat bermakna untuk menghabiskan
masa bersama dengannya.
Sebenarnya banyak plan yang telah dibuat sejak mengandungkannya lagi. Niat dihati untuk sediakan 'sesuatu' untuknya sebagai kenang-kenangan. Walaupun projek 'Sketch book' Damia sudah lama aku tinggalkan, mungkin blog ini dapat meneruskan niat serta hajat dihati. Bila tulis blog ni, tak perlu nak sketch serta idea untuk susun atur bagai, just taip je apa yang terlintas dan difikirkan... betul tak?
Emmmm.... bila Damia dah besar nanti, sudah pandai membaca, akan aku tunjukkan perjalanan hidupnya sejak dilahirkan sehinggalah dia dah besar pada ketika itu. Wah, besar betul niat aku ni... Harap-harap bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam je.. hihihi... Semoga dengan pembukaan blog ni, aku dapat abadikan setiap perkembangan Damia dari sehari ke sehari. Wah, semangat2... Ok la, wish good luck to Mama Damia ye... (",)
2 comments:
Tahniah...cucu nenek dah ade blog le....nanti Damia boleh baca ye...seronoknye..
Terima kasih nenek...(",)
Post a Comment