Tanggal 2 Ogos 2012, jam 5.12 petang, lahirnya seorang insan seberat
2.71 kg yang diberi nama Damia Hanani. Cahaya mata pertama kami. Nama
Damia Hanani dipilih berdasarkan maksudnya. Memang hajat di hati
inginkan satu nama yang membawa bermaksud cerdik, bijak, pandai dan
seangkatan dengannya. Dengan harapan biarlah anak yang bakal lahir nanti
menjadi seorang yang bijak pandai. Cari punya cari, godek punya godek
dalam buku-buku nama baby dan internet, akhirnya nama Damia Hanani
menjadi pilihan kami suami isteri. Damia maksudnya kecerdikan (clever), manakala Hanani pula bermaksud kesayanganku (my love).
Secara ringkasnya Damia Hanani bermaksud kesayanganku yang cerdik.
Besar harapan kami pada zuriat kami ini. Semoga Damia membesar dengan
sihat dan menjadi seorang anak yang cerdik pandai.
Saat pertama kali menatap wajah mulus bayi yang aku kandungkan selama 40
minggu, masyaAllah Maha Suci Allah, aku panjatkan syukur sangat-sangat
kerana dikurniakan seorang puteri yang sangat comel, putih melepak serta
cukup sifatnya. Perasaan tidak percaya kerana sudahpun bergelar seorang
ibu. Anak ini adalah amanah Allah kepada kami untuk menjaga serta
mendidiknya menjadi seorang insan yang berguna kepada agama, bangsa dan
negara. Huh, sungguh besar amanah yang perlu dipertanggungjawabkan.
Sungguh tenang perasaan saat pandang wajah comel Damia. Kecil je
orangnya... Mula2 nak pegang pun takut.. Tapi naluri seorang ibu
mengatasi segala-galanya. Bau bayi yang baru lahir begitu menenangkan.
Perasaan sukar untuk digambarkan saat bayi kesayangan berada
dipangkuan.. sukar untuk dipercayai bahawa bayi dipangkuan kini adalah
bayi yang dikandung selama 9 bulan. Rindukan tendangan manja si kecil
semasa dia berada dalam rahim... seriously, sangat rindukan moment
terindah semasa mengandungkannya sebelum ni.
0 comments:
Post a Comment