Wednesday 31 October 2012

Damia belajar berenang

Posted by Kasih Suci - Mama Damia at Wednesday, October 31, 2012 0 comments

Umur Damia 2 bulan 5 hari, ayah Damia dah ajar Damia berenang. Ayah Damia masukkan Damia dalam kolam kecil yang ayah Damia beli di Mom & Baby Expo 2012. Ayah Damia memang teruja nak ajar Damia berenang sejak Damia masih dalam perut mama lagi. Sebelum ayah Damia bawa Damia belajar berenang di kolam renang, ayah Damia nak train dulu Damia berenang dalam kolam kecil kat rumah.

 First time masukkan Damia dalam kolam, Damia macam takut2. Tambah pulak air sejuk. Damia kan tak berapa nak suka berendam dalam air sejuk ni. Tapi lama-lama Damia mula excited, kaki dah mula tendang-tendang dinding kolam tu. Dah pandai tolak air juga. Lagipun memang sifat semulajadi baby memang boleh survive kat dalam air.. Dalam perut mama selama 9 bulan pun, persekitaran Damia memang air kan.. so, no wonder la..

 Bila dah nampak Damia dah mula yakin berenang-berenang kat dalam kolam tu, ayah Damia mula lepaskan tangan. Dah tak pegang-pegang Damia dah. Damia berenang sendiri disokong oleh pelampung. Mula-mula Mama risau juga tengok ayah biarkan je Damia macam tu.. Lama-lama nampak Damia ok je.. lega hati mama... hehehe.. perasaan mak2 ni memang macam ni.. hihihi..

Tengok!
Damia dah boleh senyum2 kat dalam kolam tu.. Suka la tu...
Nanti bila umur Damia dah 3 bulan, ayah Damia bawa Damia belajar berenang kat kolam renang pula ye.. (",)




Tuesday 16 October 2012

Damia - 2 bulan

Posted by Kasih Suci - Mama Damia at Tuesday, October 16, 2012 0 comments

2/10/12 - Genap usia Damia 2 bulan. Dah besar dah anak mama walaupun belum boleh bercakap ataupun berjalan. Perkembangan terkini, Damia dah mula nampak dan kenal mama dan ayah. Dah ada respond bila mama dan ayah panggil Damia. Dan yang paling best bila Damia dah mula pandai balas senyuman bila mama dan ayah "agah" dan ajak Damia bersembang. hehehe.. 

 Wajah bosan Damia duduk dalam stroller. Masa ni Damia kat Hospital Columbia Asia, Nusajaya untuk teman mama check-up dengan Dr Rajesh selepas 2 bulan selepas pembedahan.

Mula-mula Damia behave je, tapi lama-lama Damia dah mula merengek tak nak duduk dalam stroller. Mungkin sebab bosan sebab lama sangat nak tunggu giliran mama jumpa doktor kan. Damia memang suka kalau orang pangku dia. Lagi2 kalau berdiri.. Nasib baik kepala dah kuat sikit, kalau tak asyik nak terlentok je.

Mula-mula plan, mama je yang nak jumpa Dr Rajesh.. dah alang-alang datang, ayah Damia nak bawak Damia jumpa Dr Razlina sekali untuk dapatkan suntikan tambahan vaksin Pneumococcal. Tak pasal-pasal Damia kena cucuk hari tu.. hahahaha.. nasib baik anak mama tak demam. Anak mama memang kuat la..

Cuma dalam beberapa minggu ni, Damia suka dera mama dan ayah berjaga malam. Mata mengantuk tapi Damia tak nak tidur..huhuhu.. tu la, siang asyik tidur je, mula la nak berjaga malam. Yang kesiannya, mama dan ayah la kena bersengkang malam temankan Damia berjaga tengah malam. Damia juda ada tabiat buruk bila nak tidur. Bila mata dah mengantuk sangat-sangat, mesti nak mama dan ayah dodoikan dalam keadaan berdiri. Masuk dalam buai mesti menangis. Terpaksa la mama dan ayah buat exercise malam2 berjalan laju-laju dalam rumah untuk tidurkan Damia. Habis tawaf beberapa kali dalam rumah, barulah Damia tidur. Bila dah betul-betul lena, baru la boleh letak kat atas tilam Damia. Selagi belum lena, tak boleh letak dulu.. Kalau tak mesti Damia akan menangis.

Begitu lah susah payah mama dan ayah nak menjaga Damia semasa kecil. Bila Damia sudah besar nanti, mama harap Damia akan kenang jasa mama dan ayah bagaimana susahnya mama dan ayah membesarkan Damia. Kadang-kadang tahap kesabaran mama dan ayah tercabar juga sampaikan kadang-kadang mama marahkan Damia sebab tak nak tidur waktu malam. Mama biarkan je Damia menangis teresak-esak atas tilam Damia. Lama-lama, kesian pulak mama tengok Damia menangis sampai meleleh-leleh air mata. Kasih seorang mama tak sanggup nak tengok anaknya teresak-esak menangis macam tu. Lalu, mama pun dukung dan pujuk balik Damia, bagi susu supaya Damia tidur bila dah penat menangis.

Pernah satu malam, mama dan ayah bawak Damia keluar jalan-jalan naik kereta pukul 3.30 pagi dengan harapan Damia akan tidur bila bawak jalan-jalan naik kereta. Begitu la pengorbanan mama dan ayah, sanggup buat apa saja untuk Damia asalkan Damia dapat membesar dengan sempurna. Ok la, mama dah penat membebel sensorang kat sini. Hehehe.. walaupun Damia banyak sangat meragam semasa kecil, tapi mama dan ayah tetap sayangkan Damia. We love u soooo much...









Thursday 11 October 2012

Gaya tidur Damia

Posted by Kasih Suci - Mama Damia at Thursday, October 11, 2012 0 comments

Sehingga ke hari ini, apa yang mama perhatikan, semasa baby, Damia ada gaya tidur yang tetap kalau Damia tidur selain dalam buaian. Gaya tidur Damia mesti kedua-dua belah tangan angkat ke atas... hehehe.. kalau tak percaya Damia tengok la gambar kat bawah ni.. betul kan.

[Gaya tidur Damia]

Lain pula gayanya kalau Damia tidur dalam buaian. Biasanya kalau Damia tidur dalam buaian, sure ada je style tangan yang comel2 Damia buat.. Kadang2 buat gaya 'rock', kadang2 silangkan kesepuluh jari.. Macam2 style la.. Pendek kata anak mama ni time tidur mesti ada je gayanya yang tersendiri. Seronok mama melihatnya. Next time mama kongsikan gambar-gambar gaya Damia menangis pula ye.. Tapi mama nak kena kumpulkan gambar banyak2 dulu sebab sebelum ni mama tak sempat nak capture gambar Damia semasa menangis. Tak terhandle dibuatnya kalau Damia menangis...hehehe

[Gaya tidur Damia dalam buaian]





Tuesday 9 October 2012

Damia - 1 bulan

Posted by Kasih Suci - Mama Damia at Tuesday, October 09, 2012 0 comments

Pada 2 September 2012, genap usia Damia 1 bulan. Memandangkan mama dahpun kuat dan bertambah sihat, ayah dan mama decide untuk bawa Damia balik ke rumah sendiri walaupun mama masih belum habis berpantang selama 44 hari. Disebabkan masih ada lagi baki 14 hari, maka ayah Damia la yang kena uruskan Damia dan mama kat rumah. Ayah Damia yang mandikan Damia, masakkan untuk mama, basuh dan sidai baju mama dan Damia, kemas rumah.. cuma lipat baju je yang ayah Damia failed. Kerja2 melipat baju, mama la kena buat.. hehehe... Takpe la, part tu mama kena tolong ayah. Kesian pulak mama tengok ayah kena buat semua kerja tu... Untung Damia dapat ayah yang pandai masak dan rajin tolong mama buat kerja-kerja rumah.

[Damia - genap 1 bulan]


Pada usia Damia 1 bulan juga, Damia kena suntik 2nd Hepatitis B.
Pada mulanya mama risau takut Damia menangis time kena cucuk tu.. Alhamdulillah, anak mama memang seorang yang kuat. Menangis sekejap je.. lepas kena cucuk terus tidur...




Friday 5 October 2012

Perubahan wajah Damia dalam tempoh seminggu

Posted by Kasih Suci - Mama Damia at Friday, October 05, 2012 0 comments

Orang-orang tua cakap, baby ni akan mengalami perubahan wajah pada setiap hari. Memandangkan mama Damia bosan dan takde kerja sepanjang tempoh waktu berpantang, maka ambil gambar anak je la kerjanya tiap-tiap hari.. hehehe... Tapi takde la rugi apa-apa kalau ambil gambar anak je setiap masa, sekurang-kurangnya dapat la perhatikan dan abadikan perubahan yang berlaku pada anak setiap hari. Betul tak?

Hari pertama dan kedua kami masih di hospital. Petang hari kedua barulah mama dan Damia dibenarkan pulang. Sepanjang tempoh berpantang, mama berpantang di rumah nenek Damia di Johor Jaya. Umur Damia sebulan barulah mama dan Damia balik ke rumah sendiri di Pulai Jaya.

[5 Ogos 2012 - Hari ke-3]

Pada hari ke-3, Damia tidur je... baby memang la kerjanya tidur je kan... Pada hari ke-3 juga, Damia dibawa ke hospital untuk check demam kuning. Oleh kerana mama dan Damia sama-sama berdarah O, maka kebarangkalian Damia untuk dapat demam kuning adalah sangat tinggi. Result demam kuning Damia pada hari ke-3 adalah 10.4. Menurut doktor, bacaan 10.4 adalah tinggi bagi baby baru berusia 3 hari dan perlu perhatian lebih untuk mengelakkan bacaan naik lebih tinggi. Pada saat tu, mama dah mula bimbang takut2 Damia kena admit wad. Tak sanggup mama nak tengok Damia kena jemur dibawah lampu kalau betul2 kena admit. Walaupun susu mama belum banyak lagi masa tu, tapi mama tetap berusaha untuk menyusukan Damia setiap 1 jam sekali. Kerana mama yakin, hanya susu mama yang dapat kurangkan demam kuning Damia.

 [6 Ogos 2012 - Hari ke-4]

Hari ke-4 Damia mula buka mata.. teruja betul mama dapat tengok wajah Damia yang comel dengan mata terbuka. Bukan senang nak tengok Damia buka mata macam ni. Asyik tidur je memanjang. Bangun bila lapar je.. tu pun kalau lambat bagi susu, sure menangis dengan sekuat hati. Fuh, volumenya boleh tahan la.. habis satu rumah dengar.. Hai, Damia.. Damia...

 [7 Ogos 2012 - Hari ke-5]

Tiap2 saat, minit dan jam bila pandang je wajah Damia, hati jadi sangat tenang. Dalam hati, comel betul wajah budak kecik ni... anak siapa la ni.. hehehehe... tu yang setiap saat nak je capture gambar Damia. Dalam handphone mama dah penuh dengan gambar Damia je.

 [8 Ogos 2012 - Hari ke-6]

 Hari ke-6 Damia demam... suhu badan Damia ketika itu sangat panas, hampir mencecah 38 darjah celsius. Hati mama sangat bimbang andai kata suhu badan Damia naik ke bacaan 38 darjah celsius. Alhamdulillah, semuanya masih dalam kawalan. Nasib baik cool fever banyak membantu turunkan suhu badan Damia.  

 [9 Ogos 2012 - Hari ke-7]

Mula hari ke-7 bibir Damia mula mengelupas. Wajah Damia pun dah nampak banyak perubahannya. Yang paling ketara adalah warna kulit Damia berubah menjadi gelap. Orang cakap, baby memang macam tu.. nanti warna kulit akan bertukar kepada normal semula.  

[10 Ogos 2012 - Hari ke-8]

Lena betul Damia tidur dalam keadaan berbedung. Dalam tempoh seminggu awal, kalau tak berbedung sure tak boleh tidur punya. Time mandi pun mesti menangis. Menangis pulak bukannya menangis2 biasa, luar biasa betul volumenya. Tapi bila cepat2 bedungkan si Damia ni, sure automatik senyap punya la...
.
.
.

Itulah kisah Damia dalam tempoh usia seminggu. 



Sama ke tidak?

Posted by Kasih Suci - Mama Damia at Friday, October 05, 2012 0 comments
Tetiba datang idea nak buat perbandingan wajah Damia semasa dalam kandungan dengan wajah Damia semasa lahir. Bila Damia dah besar nanti boleh la Damia tengok macam mana rupa dia semasa dalam perut mama. hehehehe... (",)

  [Damia dalam kandungan - 6 bulan]

Semasa usia kandungan 6 bulan, kami ke Hospital Columbia Asia, Nusajaya untuk scan 3D jantina baby. Alhamdulillah, nasib baik baby dalam perut bagi kerjasama yang baik untuk tunjuk muka kat mama dan ayah. Hurmm, macam2 aksi si Damia kat dalam perut mama ye! Nasib baik Dr Rajesh sempat capture pose terbaik dari Damia buat ayah dan mama.. kemain lagi tangan, baik punya landing kat bawah dagu.. hehehe.. sampai sekarang Damia memang suka posing letak tangan bawah dagu. Dah biasa buat kat dalam perut la katakan... Kalau tak percaya sila lihat gambar kat bawah ni ha..

 [Damia suka posing bila tidur]

[Damia semasa lahir]

Ini la wajah Damia semasa lahir. Kulit masih kecut (9 bulan duduk dalam air) dan menggelupas. Mama masih ingat lagi betapa luasnya mata Damia memandang dunia semasa dalam bilik pembedahan. Damia begitu eager nak lihat dunia baru Damia setelah sekian lama berada dalam perut mama. Rambut kemain lagi hitam dan lebat. Kulit putih melepak tanpa sebarang noda. Bibir seksi dan merah bak delima.. Sungguh sempurna ciptaanNya.

Kepada Damia, anak mama dan ayah:
Ini la rupa dan wajah Damia semasa dalam perut mama dan waktu Damia dilahirkan ke dunia. Kehadiran Damia sangat menggembirakan ayah dan mama. Semoga Damia membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah dan mendengar kata. Besar nanti semoga menjadi seorang yang bijak pandai dan berguna kepada agama, bangsa dan juga negara. InsyaAllah... Itulah doa mama sejak Damia masih dalam kandungan lagi. 

With Luv 
Mama & Ayah



Lahirnya insan bernama Damia Hanani

Posted by Kasih Suci - Mama Damia at Friday, October 05, 2012 0 comments
 Tanggal 2 Ogos 2012, jam 5.12 petang, lahirnya seorang insan seberat 2.71 kg yang diberi nama Damia Hanani. Cahaya mata pertama kami. Nama Damia Hanani dipilih berdasarkan maksudnya. Memang hajat di hati inginkan satu nama yang membawa bermaksud cerdik, bijak, pandai dan seangkatan dengannya. Dengan harapan biarlah anak yang bakal lahir nanti menjadi seorang yang bijak pandai. Cari punya cari, godek punya godek dalam buku-buku nama baby dan internet, akhirnya nama Damia Hanani menjadi pilihan kami suami isteri. Damia maksudnya kecerdikan (clever), manakala Hanani pula bermaksud kesayanganku (my love). Secara ringkasnya Damia Hanani bermaksud kesayanganku yang cerdik. Besar harapan kami pada zuriat kami ini. Semoga Damia membesar dengan sihat dan menjadi seorang anak yang cerdik pandai. 


Saat pertama kali menatap wajah mulus bayi yang aku kandungkan selama 40 minggu, masyaAllah Maha Suci Allah, aku panjatkan syukur sangat-sangat kerana dikurniakan seorang puteri yang sangat comel, putih melepak serta cukup sifatnya. Perasaan tidak percaya kerana sudahpun bergelar seorang ibu. Anak ini adalah amanah Allah kepada kami untuk menjaga serta mendidiknya menjadi seorang insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Huh, sungguh besar amanah yang perlu dipertanggungjawabkan.


Sungguh tenang perasaan saat pandang wajah comel Damia. Kecil je orangnya... Mula2 nak pegang pun takut.. Tapi naluri seorang ibu mengatasi segala-galanya. Bau bayi yang baru lahir begitu menenangkan. Perasaan sukar untuk digambarkan saat bayi kesayangan berada dipangkuan.. sukar untuk dipercayai bahawa bayi dipangkuan kini adalah bayi yang dikandung selama 9 bulan. Rindukan tendangan manja si kecil semasa dia berada dalam rahim... seriously, sangat rindukan moment terindah semasa mengandungkannya sebelum ni.





Perasmian blog untuk Damia

Posted by Kasih Suci - Mama Damia at Friday, October 05, 2012 2 comments
Assalamualaikum...
Sukacita dimaklumkan bahawa blog ini dibuat khas untuk our lovely daughter "Damia Hanani". InsyaAllah, setiap perkembangan Damia akan dicoretkan dan diabadikan di sini. Perasaan sangat teruja menjadi seorang ibu.. Setiap saat, minit, jam dirasakan sangat bermakna untuk menghabiskan masa bersama dengannya.

Sebenarnya banyak plan yang telah dibuat sejak mengandungkannya lagi. Niat dihati untuk sediakan 'sesuatu' untuknya sebagai kenang-kenangan. Walaupun projek 'Sketch book' Damia sudah lama aku tinggalkan, mungkin blog ini dapat meneruskan niat serta hajat dihati. Bila tulis blog ni, tak perlu nak sketch serta idea untuk susun atur bagai, just taip je apa yang terlintas dan difikirkan... betul tak?

Emmmm.... bila Damia dah besar nanti, sudah pandai membaca, akan aku tunjukkan perjalanan hidupnya sejak dilahirkan sehinggalah dia dah besar pada ketika itu. Wah, besar betul niat aku ni... Harap-harap bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam je.. hihihi... Semoga dengan pembukaan blog ni, aku dapat abadikan setiap perkembangan Damia dari sehari ke sehari. Wah, semangat2... Ok la, wish good luck to Mama Damia ye... (",)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Dunia Damia Hanani Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea