Friday 5 October 2012

Lahirnya insan bernama Damia Hanani

Posted by Kasih Suci - Mama Damia at Friday, October 05, 2012
 Tanggal 2 Ogos 2012, jam 5.12 petang, lahirnya seorang insan seberat 2.71 kg yang diberi nama Damia Hanani. Cahaya mata pertama kami. Nama Damia Hanani dipilih berdasarkan maksudnya. Memang hajat di hati inginkan satu nama yang membawa bermaksud cerdik, bijak, pandai dan seangkatan dengannya. Dengan harapan biarlah anak yang bakal lahir nanti menjadi seorang yang bijak pandai. Cari punya cari, godek punya godek dalam buku-buku nama baby dan internet, akhirnya nama Damia Hanani menjadi pilihan kami suami isteri. Damia maksudnya kecerdikan (clever), manakala Hanani pula bermaksud kesayanganku (my love). Secara ringkasnya Damia Hanani bermaksud kesayanganku yang cerdik. Besar harapan kami pada zuriat kami ini. Semoga Damia membesar dengan sihat dan menjadi seorang anak yang cerdik pandai. 


Saat pertama kali menatap wajah mulus bayi yang aku kandungkan selama 40 minggu, masyaAllah Maha Suci Allah, aku panjatkan syukur sangat-sangat kerana dikurniakan seorang puteri yang sangat comel, putih melepak serta cukup sifatnya. Perasaan tidak percaya kerana sudahpun bergelar seorang ibu. Anak ini adalah amanah Allah kepada kami untuk menjaga serta mendidiknya menjadi seorang insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Huh, sungguh besar amanah yang perlu dipertanggungjawabkan.


Sungguh tenang perasaan saat pandang wajah comel Damia. Kecil je orangnya... Mula2 nak pegang pun takut.. Tapi naluri seorang ibu mengatasi segala-galanya. Bau bayi yang baru lahir begitu menenangkan. Perasaan sukar untuk digambarkan saat bayi kesayangan berada dipangkuan.. sukar untuk dipercayai bahawa bayi dipangkuan kini adalah bayi yang dikandung selama 9 bulan. Rindukan tendangan manja si kecil semasa dia berada dalam rahim... seriously, sangat rindukan moment terindah semasa mengandungkannya sebelum ni.





0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Dunia Damia Hanani Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea