Monday 17 December 2012

Kesian.. Anak mama demam

Posted by Kasih Suci - Mama Damia at Monday, December 17, 2012 0 comments

Kesian, anak mama demam ye. Kiranya ni first time anak mama demam. Demam ni adalah kesinambungan daripada cucuk vaksin Pneumucoccal pada Jumaat lepas. Balik2, mama dan ayah terlupa nak kasi ubat demam pada Damia. Bila mama perasan suhu badan Damia panas, baru lah mama cepat2 kasi Damia ubat demam. Akibatnya, demam pun melarat la keesokkan harinya.
.
.

Kejadian sehari sebelum demam.
Dalam bilik Dr Razlina di Hospital Columbia Asia, Nusajaya.
 
Seketika setelah selesai disuntik.. Kemain menangis, tapi sekejap je...hehehe

Petang, selepas balik dari hospital, suhu badan Damia dah mula panas. Mama dan ayah dah mula kelam kabut kasi Damia makan ubat dan pakaikan cool fever kat dahi Damia. Harap2 suhu tak naik tinggi sangat. Siap 'jelom'kan kepala. Masa ni Damia masih lagi boleh senyum2 walaupun badan kurang sihat.

Hari Sabtu pagi Damia tidur je.. Terbaring lemah kat dalam bilik. Langsung tak nak senyum2, gelak2 macam biasa. Suhu badan dah naik mencecah 38.5 darjah celsius. Bila tengok suhu still tak turun walaupun dah makan ubat, mama ajak ayah bawa Damia ke klinik. Kebetulan pulak hari Sabtu, banyak klinik tutup. Dua klinik panel ayah tutup. So, after habis round cari klinik kat Taman U, nasib baik Poliklinik Penawar kat Taman U buka. So, doktor kasi ubat bontot pada Damia.

Walaupun dah makan ubat, demam Damia masih belum kebah sepenuhnya. Malam tu, memang tak tidur malam mama dibuatnya. Damia asyik merengek je. Mungkin sebab tak selesa dengan keadaan badan yang panas. Mama dan ayah bergilir-gilir tuamkan badan Damia dengan tuala basah. Kesian anak mama..

ALhamdulillah, sekarang Damia dah sembuh dah. Mama pun dah mula hantar Damia ke taska berhampiran dengan rumah. Nanti kalau ada masa, nanti mama cerita pasal Damia kat taska ye.








Thursday 13 December 2012

Anak mama sudah 4 bulan..

Posted by Kasih Suci - Mama Damia at Thursday, December 13, 2012 0 comments

Oh, sudah lama mama tak menjengah blog anak mama ni ye! Diam tak diam, anak mama dah pun berusia 4 bulan. Dah besar ye... semakin hari semakin comel dan semakin bersemangat.

Sekarang, Damia dah pandai main dengan alat-alat mainan. Dah boleh pegang dan tak lepas. Cuma masih belum boleh passkan mainan tu dari satu tangan ke tangan sebelah lagi. Mmm mungkin nanti Damia dah 5 bulan, baru Damia boleh buat macam tu kot..  InsyaAllah..

Sekarang ni, mama 'geram' betul kat Damia. Bukannya geram marah, tapi geram2 sayang sebabnya Damia sekarang dah pandai buat 'muka'.  Part buat muka minta simpati memang Damia terer sangat2.. Comel betul.. merengek nak minta didukung la tu.. Tak boleh lama sikit letak kat bawah, mula la merengek... Ayooo..

Haa, ni satu lagi talent baru Damia. Baru2 ni Damia baru pandai menyembur dan menggetarkan bibir. Sebelum ni mama dan ayah je yang selalu buat. Nak ikut selalu tak menjadi. Tapi sekarang, mentang2 la dah pandai buat, asyik-asyik nak menyembur je ye.. Sampai habis pipi, dahi, muka penuh dengan air liur.. Mmm takpe la sayang, mama biarkan aje. Itukan perkembangan yang sihat namanya. Biarpun, habis rambut mama gugur, walaupun pada hakikatnya rambut mama memang dah selalu gugur walaupun Damia belum pandai menyembur lagi.

Begitulah ceritanya kisah Damia sepanjang 4 bulan ni.
Jumpa lagi di lain siaran.
xoxo



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Dunia Damia Hanani Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea