Dah lama mama tak update blog Damia. Tak sempat la sayang.. Blog mama sendiri pun kadang2 je mama update. Ceritanya pun lebih kurang cerita apa yang mama tulis dalam blog Damia ni. Ok la, sebelum ni mama dah janji nak tulis pasal mama hantar Damia ke taska kan. So, sekarang mama tunaikan janji mama.
Mama mula hantar Damia ke taska pada 12/12/12. Cantik betul tarikh tu. Semuanya secara kebetulan, mama tak plan pun pilih tarikh nak hantar Damia ke taska. Nak dijadikan cerita, asalnya mama nak hantar Damia pada 10/12/12 (Isnin), tapi Damia pulak demam. So, mama tak sampai hati nak hantar Damia ke sana. So, mama decide tak nak hantar dulu. Biar demam kebah, baru mama hantar Damia kat taska.
Taska tu sebenarnya dekat sangat dengan rumah. Selang 2 lorong je. Kalau mama rindu Damia, mama boleh keluar rumah, boleh jengah taska tu dari rumah. Hehehe.. Tu pun kalau hari tu mama buat kerja kat rumah je. Kalau hari yang mama buat kerja kat fakulti, bila rindu kat Damia, sure mama ajak ayah balik awal ambil Damia kat taska. Hihihihi...
Mama hantar Damia setiap hari kecuali cuti umum dari pukul 9 pagi sampai 6 petang. Paling lambat pernah mama ambil Damia kat taska adalah 6.30 petang. Lebih pada tu belum pernah lagi setakat ni. Biasanya hari Isnin, memang lambat sikit mama dan ayah datang jemput Damia, sebabnya kami singgah pasar malam dulu after balik kerja. Beli stok sayur untuk seminggu. Lepas dah beli2, baru pergi ambil Damia.. hihihihi.. Sori ea kalau mama dan ayah lambat datang jemput Damia.
Setakat ni, apa yang mama perhatikan, Damia ok je stay kat taska tu. Mungkin kat sana Damia dapat ramai kawan. Ramai yang nak melayan Damia. Damia kan suka orang layan dan main2 dengan Damia, kan... Hurm, susu pun takde masalah. Untuk 2 minggu awal, Damia minum susu dalam kuantiti yang sikit je. Kadang2 sekali minum tak habis pun 2oz. Tapi sekarang, nampaknya mama dah nak kena tambah lagi 2oz daripada sebelum ni. So, sekarang, setiap hari mama akan bekalkan 10oz bekalan susu untuk Damia sepanjang di taska.
Hmmm, apa lagi mama nak cerita ye?
Dah takde idea nak tulis apa. hehehe..
Ok la, stop dulu la.. Nanti2 mama story lagi kat sini ye...
xoxo
0 comments:
Post a Comment