Friday 18 January 2013

Anak mama dah meniarap!

Posted by Kasih Suci - Mama Damia at Friday, January 18, 2013 0 comments


Saat yang di nanti tiba jua. Sebelum ni bukan main lagi mama dan ayah dah tak sabar nak tunggu permata hati kami ni meniarap. Finally, Damia dah berjaya meniarap pada usia 4 bulan 27 hari. Satu perkembangan yang membanggakan mama dan ayah. Sebelum tu, Damia kemain lagi berusaha sedaya mungkin untuk terbalikkan badan, tapi tak berjaya. But now, pantang letak, sure Damia meniarap je. hihihi.. Bila dah penat meniarap, Damia akan merengek minta diangkat. Selagi tak merengek mama biarkan je Damia meniarap kat situ.. hehehehe... Cuma sekarang Damia belum pandai nak membalikkan semula badan Damia once Damia dah meniarap. Usaha lagi ye sayang. 

[Ni gambar pertama Damia meniarap]

Sejak-sejak dah pandai meniarap ni, nampaknya rambut Damia kat bahagian belakang dah mula tumbuh sedikit demi sedikit. Dah nampak la rambut-rambut  halus dah mula nak tumbuh sikit-sikit. Hihihi..Tak sabar nak tunggu rambut Damia tumbuh dengan rata. Selagi rambut tak tumbuh sepenuhnya, penat mama nak menjawab orang tanya baby mama ni boy ke girl. Orang asyik confuse je jantina anak mama ni. Sebab tu la kalau bawa Damia jalan ke shopping complex atau pergi mana-mana, mesti mama akan pakaikan bunga kat kepala anak mama ni. So, dah takde la yang nak tanya anak mama boy atau girl lagi. (",)

 [Senyuman yang tak pernah lekang dibibir]

Pada pandangan mama, Damia memiliki senyuman yang sangat manis. Tak salah kan kalau puji anak sendiri. Hihihi. Tapi senyuman tu sangat mahal untuk diberikan pada orang yang Damia tak kenal. Hahaha.. Senyuman tu hanya special untuk tatapan mama dan ayah je nampaknya. Nak senyum pada orang yang Damia tak kenal, kemain payah betul. Tapi pantang nampak mama dan ayah kemain lebar lagi dia senyum. Nak buat macam mana kan, dunia Damia hanya ada ayah dan mama je kat rumah. Dua insan yang paling dekat dengan Damia dan serasi dengan Damia buat masa ni. Walaupun Damia susah nak senyum pada orang lain, tapi mama bersyukur sekurang-kurangnya Damia masih nakkan orang lain dukung. Kalau tak parah juga mama nak tinggalkan Damia kat taska.


Sejak dah hantar Damia ke taska, nampaknya Damia dah mula rapat dengan pengasuh yang jaga Damia. Seorang ibu, seorang lagi ummi. Kadang2 mama risau juga takut-takut Damia akan lebih rapat dengan ibu ataupun ummi kat taska tu. Huhu.. Harap-harap tak la, selagi Damia masih menyusu badan sepenuhnya, mama harap sangat ikatan antara mama dan Damia terus terjalin seerat-eratnya.

Ok la, salam sayang peluk cium dari mama.
Semoga membesar dengan sihat ye sayang.
Semoga semakin hari semakin comel.
(^__________________^)






Thursday 10 January 2013

Cerita taska..

Posted by Kasih Suci - Mama Damia at Thursday, January 10, 2013 0 comments


Dah lama mama tak update blog Damia. Tak sempat la sayang.. Blog mama sendiri pun kadang2 je mama update. Ceritanya pun lebih kurang cerita apa yang mama tulis dalam blog Damia ni. Ok la, sebelum ni mama dah janji nak tulis pasal mama hantar Damia ke taska kan. So, sekarang mama tunaikan janji mama.

Mama mula hantar Damia ke taska pada 12/12/12. Cantik betul tarikh tu. Semuanya secara kebetulan, mama tak plan pun pilih tarikh nak hantar Damia ke taska. Nak dijadikan cerita, asalnya mama nak hantar Damia pada 10/12/12 (Isnin), tapi Damia pulak demam. So, mama tak sampai hati nak hantar Damia ke sana. So, mama decide tak nak hantar dulu. Biar demam kebah, baru mama hantar Damia kat taska.

Taska tu sebenarnya dekat sangat dengan rumah. Selang 2 lorong je. Kalau mama rindu Damia, mama boleh keluar rumah, boleh jengah taska tu dari rumah. Hehehe.. Tu pun kalau hari tu mama buat kerja kat rumah je. Kalau hari yang mama buat kerja kat fakulti, bila rindu kat Damia, sure mama ajak ayah balik awal ambil Damia kat taska. Hihihihi...

Mama hantar Damia setiap hari kecuali cuti umum dari pukul 9 pagi sampai 6 petang. Paling lambat pernah mama ambil Damia kat taska adalah 6.30 petang. Lebih pada tu belum pernah lagi setakat ni. Biasanya hari Isnin, memang lambat sikit mama dan ayah datang jemput Damia, sebabnya kami singgah pasar malam dulu after balik kerja. Beli stok sayur untuk seminggu. Lepas dah beli2, baru pergi ambil Damia.. hihihihi.. Sori ea kalau mama dan ayah lambat datang jemput Damia.

 Setakat ni, apa yang mama perhatikan, Damia ok je stay kat taska tu. Mungkin kat sana Damia dapat ramai kawan. Ramai yang nak melayan Damia. Damia kan suka orang layan dan main2 dengan Damia, kan... Hurm, susu pun takde masalah. Untuk 2 minggu awal, Damia minum susu dalam kuantiti yang sikit je. Kadang2 sekali minum tak habis pun 2oz. Tapi sekarang, nampaknya mama dah nak kena tambah lagi 2oz daripada sebelum ni. So, sekarang, setiap hari mama akan bekalkan 10oz bekalan susu untuk Damia sepanjang di taska.

 Hmmm, apa lagi mama nak cerita ye?
Dah takde idea nak tulis apa. hehehe..
Ok la, stop dulu la.. Nanti2 mama story lagi kat sini ye...
xoxo





  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Dunia Damia Hanani Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea